Saturday, 11 February 2012

Cuti-cuti India - Persediaan Sebelum Ke India...

Tak sampai sebulan lagi kami nak ke India. Negara yg tak termimpi pun nak pergi sebelum ni, sebab tengok tiket murah, so, apa lagi, boleh je lah..., asalkan terbang dan jalan-jalan....

Perkara-perkara yg patut difikirkan sebelum pergi....

1) Tiket KL- Delhi

Masa mula2 beli bulan Oktober 2010 lagi...., masa tu beli untuk tarikh 10 - 13 Mac 2012. Masa mula2 beli, memang tak berapa explore apa yg menarik yg ada kat sana, tambahan pulak en suami kata, gi kejap dah la.... Lepas dah beli, baru start nak study pasal India..., wahhhh..., tak cukup masa nak kemana-mana pun, mcm tak berbaloi je terbang jauh2 tak dapat byk tempat yg boleh kami pergi. So, selang beberapa minggu, harga tiket turun semula, aku tukar tarikh tiket balik kpd 16 Mac 2012.... Tiket mula2 dapat lebih kurang RM1018 utk kami bertiga..., lepas pertukaran tarikh kena tambah RM 586...

Bulan Januari 2012, tiba2 Airasia buat pengumuman nak tutup laluan Delhi start bulan 4 dan bulan 3 nak kurangkan kekerapan penerbangan. Tarikh kami pergi ke Delhi kena tukar tarikh lain sebab AA dah kanselkan penerbangan pada hari tersebut... selepas dapat emel drp AA, aku pergi ke Sales Office AA kat Metro Kajang utk buat pertukaran tarikh dan alhamdulillah kami dapat tukar tarikh ke 9 Mac 2012, pukul 6.30 pm....

2) Tiket Delhi- Srinagar

Kami ambik GoAir India : http://www.goair.in/
Harga tiket utk 3 org ialah RM 842. Bagasi dan tempat duduk dah termasuk dgn harga tiket. Makanan je yg tak termasuk. Ada dijual dalam flight mcm AA, tapi sebab penerbangan sekejap so tak beli apa-apa pun.

3) Tukar duit Rupee
Baru ni, aku tukar dekat Kajang je, dapat 100 rp = RM 6.31.
Masa dah balik, nak tukar semula balance duit rupee, lagi jatuh harga...

Ni lah rupa duit rupee..., kebanyakan duit2 nya buruk2 je, jarang dapat helaian yg baru. Masa tukar pun dapat duit 500 dan 1000 rp je....


4) Ubat - ubat sakit perut (cirit birit), selsema dan panadol.

Penting tu sebab senang sgt kena sakit perut dan demam, terutama kalau aku pergi tempat2 sejuk...


5) Makanan

Walaupun katanya ada makanan halal tapi kalau bawa rice cooker kecik dan lauk2 sikit lagi senang sebab tak payah susah2 nak keluar cari makanan. Harga makanan pun tak murah, lg mahal banding kalau kita makan kat Malaysia. Lg pun dah tak lalu tekak asyik makan kari je....

6) Visa

Visa diperlukan utk ke India. Tempat nak dibuat ialah di Grand Lotus kat Leboh Pasar Besar, atau yg paling senangnya di depan Dataran Merdeka dan di depan Bank Pertanian yg nak menghala ke CM. Bayaran visa ialah RM 168 seorg. Sebelum pergi, sila masuk ke web ini http://indianvisaonline.gov.in/visa/, isi borang secara online, print, tampal gambar sekeping di borang, sekeping lagi ketip di belah kanan, gambar bersaiz 2x2 berlatar belakang putih, kalau bawa anak, sila fotostat surat beranak anak, dan bayar masa nak hantar passport dan borang.

Visa akan siap selepas 3 hari. Masa nak ambil hanya selepas pukul 4.30 ptg. Sebelum drp itu, mereka tak akan buka kaunter.

No comments:

Post a Comment