Saturday, 17 March 2012

Cuti-cuti India - Hari Ke 2 - New Delhi - Srinagar (Pahalgam)



Kami tersadai di airport terminal-1D sementara nak fly pukul 7.10 pg esok. Mata memang tersangat mengantuk, tapi nak tidur tak selesa. Baru je nak terlelap mata, dah terjaga. Pukul 5 pg mcm tu, kami cari kopi disebabkan malas nak layan mata. Bila kaunter check-in dah dibuka, kami hantar barang dan masuk ke balai berlepas. Kat airport India ni, keselamatan adalah sgt ketat. Kalau perempuan, mereka ada tempat khas yg tertutup untuk memeriksa tubuh badan.


Kat dalam balai berlepas, lagi selesa sebab ada banyak tempat duduk. Tapi tempat duduknya tak boleh baring sebab ada senggat utk setiap tempat duduk. So, tak boleh tidur juga. Letih rasa badan. Kat sini, ada bilik 'Prayer'. Tempatnya ke arah kanan berdekatan dgn toilet. Sempat lah juga kami berjemaah dgn org India muslim di sini.

Bilik sembahyang di Terminal 1D

Suasana dalam bilik sembahyang..., rasanya org Islam je yg gunakan utk sembahyang....


Bila dah cukup time, utk boarding, baru kita turun ke tingkat bawah utk beratur keluar drp bangunan dan dihantar oleh bas ke pesawat. Sebelum keluar, lagi sekali pemeriksaan tag bag utk hand carry dibuat. So, kena pastikan setiap hand carry kita ada tag, sebab mereka akan cop mengesahkan hand carry kita telah diperiksa.

Bas penghantar akan hantar kita di depan tangga pesawat...., GoAir India....






Melintas Banjaran Himalaya....


Naik bas dan dihantar ke pesawat GoAir. Penerbangan ke Srinagar hanya 1 jam 20 minit je. Kami sampai di Srinagar pukul 8.30 pg.

Keluar drp pesawat, wahhhh.... sejukkkk. Turun drp pesawat, jalan kaki sikit shj dan masuk bangunan terminal. Disebabkan ini hanyalah penerbangan domestik, maka tiada urusan immigresen, terus cari bag dan keluar drp terminal. Sebelum keluar, pihak keselamatan minta kami isi borang ttg maklumat kehadiran kami di Srinagar.

Gambar tak berani nak ambil masa di airport Srinagar, sebab kawasan airport ni dijaga oleh pasukan mcm tentera siap bersenjata lagi. So, takut kena rampas kamera nanti....

Keluar je drp bangunan, terus lihat nama aku dipapar oleh tour guide yg kami dah tempah drp Malaysia lagi. Terus dibawa ke van dan meneruskan perjalanan ke Pahalgam....

Pak cik driver kami ni tak boleh cakap English...., ini lah masalah besarnya. Aku pun silap tak request mcm2. Patutnya, awal lg kami kena mintak tukar driver yg lain. Masalah komunikasi sgt besar hingga menyebabkan keseluruhan percutian di Srinagar menjadi hampeh...., nanti lah aku ceritakan lg...

Gambar perkampungan di sepanjang perjalanan Srinagar ke Pahalgam.... pokok2 semua tinggal ranting je.....

Kenderann yang membawa kami sepanjang di Kashmir...


Perjalanan drp Srinagar ke Pahalgam mengambil masa 3 jam dgn jarak 100 km. Ikutkan tak jauh 100 km, tapi kat sini jalan raya tak macm kat Malaysia. Tak boleh bawak laju sebab sentiasa je ada halangan. Bunyi hon jgn kira lah, memekak je, ntah benda apa yg sibuk sgt sikit2 nak horn. Aku tengok org2 kat situ pun buat bodoh je, bukannya nak heran pun kalau dok horn kuat2. Lenggang kangkung je lintas jalan. Yg paling tak masuk akal, dengan berkereta lembu, traktor la, buleh dok jalan slow kat belah kanan. Satu lg, kalau nak keluar simpang, org yg keluar simpang tak payah tengok, keluar je mcm tu. Org yg dilaluan tu yg kena berawas..., kat Delhi pun mcm tu...

Ladang Saffron - Saffron di ambil drp stigma sejenis bunga bernama Crocus Sativus....




View di sepanjang jalan ke Pahalgam....


Sepanjang perjalanan kita akan lalu perkampungan org Kashmir. Majoriti rakyatnya orang Islam. So, di mana-mana perempuannya memang memakai tudung ala-ala selendang yg dilit. Kita juga akan lalu di ladang tanaman Saffron. Pakcik ni juga bawa kami berhenti dikedai jual kekacang dan saffron. Tapi, dinasihatkan utk tidak beli disini kerana harga yg diletak teramatlah nak menjerut leher, langsung tak bagi kurang. Utk 2 gm saffron, katanya harga 400 rp, kcg pistashio 350 rp satu paket (setengah kg je kot), dan bada 250 rp satu paket. Kalau kat house boat nanti, ada ramai penjual saffron ni dan boleh tawar dapat harga yg jauh lebih murah, tp kena buat-buat jual mahal lah dulu. Mereka bg harga 100 rp utk 4 gm saffron, lg byk drp yg saya beli masa mula2 tu....

Di depan Hotel Baisaran, Pahalgam..., Di kiri sekali adalah pakcik Driver kami semasa di Kashmir dan yg no 3 dr kiri adalah bell boy utk hotel Baisaran, baik pakcik ni, selalu ajak kami bersembang dan baik layan kami masa makan kat hotel....

Selepas 3 jam, kami sampai ke Hotel Baisaran. Bilik telah disediakan. Keluasan bilik ok tapi drp segi kebersihan teruk, mcm tak dibersihkan betul2, byk habuk dan bilik air pun tak begitu bersih. Selepas sembahyang, kami turun ke kafetaria hotel utk makan. Makan tengahri, tak termasuk dlm pakej tour, so, kami kena bayar sendiri. Kami order nasi biryani, 1 ayam dan 1 kambing. Jgn order mknn sorang satu, sebab portion yg diberi adalah besar. Utk 2 org punya order tu je, jenuh nak kami habiskan bertiga. Harga, utk chicken biryani 200 rp (RM 12.70) dan mutton biryani 170 (RM 10.70). Kat India ni, harga ayam lg mahal drp kambing. Kopi 35 rp (rm 2.20) secawan. Kalau ikutkan, mahal makanan halal yg dijual, mungkin standard hotel. Sebenarnya, kalau bawa rice cooker dan lauk2 kering lg sedap dan berbaloi. Bila dah hari2 makan benda yg sama mcm tu, dah rasa tak lalu tekak nak masuk.

Katanya, itu nasi biryani..., tapi rupanya mcm nasi goreng je - kat Hotel Baisaran....








Lepas makan, aku ajak en suami naik kuda. Saje jln2 kat depan hotel tempat byk kuda ditambat. Bila kami lalu je, sibuk lah mereka memujuk ajak naik. Lepas dah berbincang2, harga yg mereka beri ialah 550 rp utk seekor kuda dan 50 rp utk sewa kasut, katanya nanti kasut kita basah sebab kena salji.

Harga yang ditawarkan utk naik kuda....

Kami ambil pakej yg paling lama iaitu 2 jam yg akan meliputi Baisaran, Dabian dan Kashmir Valley. Mula-mula rasa nak jatuh je naik kuda ni. Sepanjang naik kuda ni, kita ditemani oleh penjaga kuda, mereka akan sentiasa ikut sebelah kita.




Pengalaman naik kuda ni yg paling manis sepanjang kami di India, yg boleh membuatkan kami tersenyum. Tak pernah2 naik kuda, sekali naik sampai 2 jam. Sakit bontot dok atas kuda lama2. Kita dibawa ke lereng2 bukit bersalji. Sesekali kita berhenti utk ambil gambar. Tapi, kuda ni baunya busuk.... hehehe. Sepanjang kami pergi berkuda, berselisih dgn ramai pelancong2 lain, tapi kebanyakannya drp India juga, tak jumpa pulak pelancong drp Malaysia....



Salji yang luas terbentang....

Lepas dah berkuda, kami balik ke hotel. Waktu pun dah semakin petang. Suhu di Pahalgam memang sejuk, sesekali salji masih turun, walaupun dah bulan Mac.

Kat bilik hotel, kita dibekalkan tilam pemanas. Tapi suasana dlm bilik masih lah terlalu sejuk, terutama kalau baru keluar drp bilik air, kena bergulung atas katil dulu.... Suhu dilaporkan 1 C.


View hotel Baisaran dan pergunungan di belakang hotel.... cantiknya....

Suasana waktu pagi di hadapan hotel Baisaran

Pahalgam ni dekelilingi oleh gunung ganang yg bersalji....


 View drp balkoni hotel...


Aktiviti di Pahalgam tidak banyak. Selepas berkuda ptg tadi, kami hanya menghabiskan masa dalam bilik sahaja. Makan malam hanya dihidangkan selepas pukul 9 malam. Lambat sungguh makan malam...




No comments:

Post a Comment