Tuesday 24 December 2013

Sydney Aku Datang.... Day 1

JALAN-JALAN KE SYDNEY

Kami selamat tiba di Kingsford Smith Airport Sydney pada pukul 10.45 pagi. Perbezaan masa antara KL dan Sydney ialah 3 jam. Penerbangan daripada LCCT KL ialah pada pukul 11.40 malam dan mengambil masa selama 8 jam.

Cik Abe bersama Mak...

Makanan yang kami ambil sebelum kapal terbang mendarat. Masa round pertama, mata dah ngantuk..., so memang plan untuk ambil makanan di round ke-2. Menu Nasi dan Ayam Masak kari hijau. 




Urusan Imigresen dan Kastam sangat mudah cuma kaunter yang dibuka tidak banyak menyebabkan proses menjadi perlahan.


Ini lah airport Sydney. Simple dan tak luas pun. 

Perkara pertama yang perlu dibuat sebelum meninggalkan airport ialah membeli kad My Multi 3 dan Mobile Data untuk mudah berinternet terutama sekali mencari jalan / map dengan merujuk google map.


Nampak je Lebara ni, kami terus sahaja membeli. Pada halnya banyak lagi telco yang lain. Entah la dah rezeki mamat tu kot. Saya ambil mobile data dan untuk call juga boleh sesama nombor Lebara dalam Australia dan caj utk call adalah free. Data yang diberi ialah 2gb dan harganya ialah AUD 29.

Selesai misi pertama, misi kedua mencari tempat menjual MyMulti 3. Rupa-rupanya di train station di tingkat bawah... menghala ke kanan selepas kita keluar daripada balai ketibaan tadi. Dihujungnya ada escalator untuk turun ke level bawah. Beli MyMulti 3 di kaunter.

Selepas itu kami keluar daripada airport dan ke hujung belah kiri untuk mendapatkan teksi. Daripada dalam airport, tak nampak pulak kaunter teksinya. Rupa-rupanya teksinya tak payah beli kupon. Beratur dan naik sahaja. Kalau kita ramai, kita boleh ambil teksi yang besar yang dinamakan Maxi Taxi.

Sampai di Apartment, baru pukul 1 lebih. Tak ada pulak orang yang menunggu di kaunter. Nasib baik ada mamat mat saleh tu yang beritahu kami kaunter akan dibuka 30 minit lagi. Dok la kami melangut sambil kepenatan. Selepas 30 minit, kaunter dibuka urusan mengambil kunci dan bayaran dibuat.

Kami ambil dua apartment. Ini apartment 2 bilik...

 Bilik 1...

 Bilik 2...



 Dapur...

 Peti Sejuk yang besar gedabak...

 Mesin basuh dan Dryer...

 Ruang tamu.... Sofa bed yang boleh tidur 2 orang lagi dan meja makan....



Selepas berehat dan solat..., kami keluar untuk meriki kawasan dan yang paling penting untuk mencari pengalaman menaiki bas. Ikut plan asal hendak ke kitchen world... tetapi sebab tercangak-cangak dengan baru belajar nak menyesuaikan diri menaiki bas..., sudahnya kami hanya mengikut bas tersebut dan sampai ke Circular Quay.

Untuk menaiki bas drp apartment, ada 2 tempat menunggunya. Samada kami ke arah belakang drp stesen minyak Shell dan tunggu di Cowper St atau ke arah depan dan tunggu di Alison St berhadapan dgn Malaysian Hall. Ini untuk bas yang menghala ke Central atau Circular Quay. Kalau turun drp bas, lagi dekat..., selepas nampak Malaysian Hall atau Caltex, kita akan tekan loceng dan bas akan berhenti di depan Shell yg bersebelahan dgn apartment sahaja.

Bas yang lalu di Bus Stop ini ialah 372, 373, 374, 376 dan 377. Samada nak ke Circular Quay atau Central, saya sendiri tak menghafal mana satu. Hanya lihat kepada bas dan akan tertera di hadapan bas samada Circular Quay atau Central.

Sudahnya, kami sampai ke circular quay iaitu stop terakhir bas tersebut. Dengan berbekalkan telefon dan internet kami mencari pula arah ke Bikenhead Point. Di Circular Quay, tempat menunggu basnya ada banyak stand contohnya stand A, stand B, C dan sebagainya. Bila kita tidak pasti cari lah info di setiap stand kerana ada diletakkan info tentang no bas yang akan berhenti di stand tersebut berserta dengan masa bas tersebut sampai. Memang boleh dipercayai.

Kami tunggu bas di stand C..., dan ambil bas yang bernombor 500 lebih. Kalau takut salah tanyalah drivernya. Perjalananan agak slow sebab kereta banyak dan jem...










Kami memang guna map google dlm phone..., so boleh agak kat mana nak turun. Lepas turun bas jauh lagi kena jalan. Kiranya bus stop nya agak lajak ke depan, tapi itulah bus stop terdekat yg bas akan berhenti. Seperti di negara2 maju yg lain, bas hanya berhenti di bus stop sahaja, tak macam di sini bas berhenti di mana2 sahaja.

So kita kena patah belakang balik dan birkenhead adalah belah kiri kita, dengan memasuki lorong ke kiri.






Tak ade yg kami beli pun.., sekadar melawat kawasan saje dahulu..., maklumlah baru hari pertama.  Dekat pukul 7 kami pun beredar dan ambil bas ke Circular Quay dan untuk balik ke Randwick, kami ambil bas di Stand D.

Esok, kami nak pergi tengok kangaroo dan koala dekat Featherdale... Ok sambung di next entry...

1 comment: