Saturday 22 October 2011

Perjalanan Ke 3 Negara - Mencari Masjid Ammar dan Ding-ding Tram - Day 5

Pagi-pagi lagi kami dah check-out, dan menaiki metro ke Luo Hu untuk masuk semula ke HK. Daripada stesen, cuma berjalan kaki sahaja ke sempadan HK dan lalu Imigren China dan HK. Yang pastinya, muka sorang2 peg imigresen kedua negara tu masam mencuka, macam kena paksa pergi kerja je.

Dah selesai imigresen, kami naik MTR di stesen Lo Wu. Nama nak dekat2 je, tapi berlainan, Lowu adalah di HK, Luo Hu adalah di SZ. Naik MTR hingga ke Hung Hom. Pastu tukar tren ke East TST dan jalan kaki melalui subway ke stesen TST dan keluar drp situ utk ke hotel kami pada hari pertama sebelum ni. Sebab awal lagi ( 9 pg ), maka kami tidak dibenarkan masuk lagi, so letak sahaja beg, dan meneruskan aktiviti pada hari itu...


 Bilik hotel di Mirador Mansion selepas balik drp SZ - family room utk 4 org, 2 katil double...



Star Ferry dari TST ke Wan Chai


Ferry pier di Wan Chai

Aktiviti pertama yang dibuat ialah menaiki Star Ferry di Star Ferry Pier di hujung Jalan Salisbury utk ke Wan Chai Pier. Tiket hanya HKD 3 sahaja. Perjalanan merentasi selat, makan masa lebih kurang 30 minit je. Sampai di Wan Chai, kami keluar dan mencari Jalan Fleming. Lapisan ke dua baru jumpa jalan ni.


Ding ding tram di pulau HK

Tingkat atas dalan Ding ding tram


Pandangan Pulau HK drp Ding2 tram....


Kenapa cari Jalan Fleming ? Sebab Ding Ding Tram ada lalu di sini. Kami nak ke jalan Jubilee, bagi menaiki Mid Level Escalator, iaitu Escalator yg terpanjang dan merentasi beberapa jalan. Unik gak naik escalator ni. Ia dibuat utk memudahkan perjalanan yang mendaki bukit. Untuk perjalanan turun, kena turun menggunakan tangga. Kami tak naik sampai hujung pun, setakat rasa cukup la, sebab byk lg tempat lain yang hendak kita pergi.


Mid Level Escalator


Turun pakai tangga

Selepas itu kami sambung perjalanan menggunakan Ding-ding tram lagi. Ding-ding tram ni pun unik juga. Dia lalu guna laluan sendiri dan pergerakan nya pun perlahan sahaja. Tiketnya hanyalah HK2 dan HK1 utk kanak2. Bayarannya hanyalah sekali sahaja dan tidak kira jauh perjalanan.


Masjid Ammar, Wan Chai

Tempat seterusnya ialah ke Masjid Ammar, di Wan Chai. Kami pergi hampir dengan waktu sembahyang supaya mudah boleh sembahyang sekali di situ. Di masjid tersebut ada tempat makan islam, makanan cina. Kami ambil peluang untuk makan dan memilih nasi dan 2 lauk. Try juga dumpling dan kek kukus. Sedap...
Harganya pun boleh tahan gak mahal, dekat RM 100 lebih...

Pada sesiapa yg nak tahu cara ke masjid Ammar menggunakan Ding2 tram, ni  sy try bg info kalau boleh faham la tulisan sy ni....

Laluan ke Masjid Ammar dgn Ding-ding Tram

1. Drp Central, ambil mana2 Ding2 tram ke arah Barat.
2. Pastu stop kat stesen 47E, Tonnochy Road, kalau takut tak perasan, kena dok bhgn bawah tram sebab boleh nampak stesen apa  yg tgh berhenti.
3. Turun drp tram pergi ke arah kanan dan melintas jalan Hennessy....
4. Lepas tu jalan kat antara bangunan spt line ungu di atas. Lagi satu, ada tangga dekat Lee Cheong Building utk ke Wan Chai Road tu.
5. Cross Wan Chai road ( kecik je jln tu..., ada 7E kat depan masa kita cross tu...)
6. Pastu kita masuk lorong depan tu (Tak Yan Road).
7. Belok kiri, sampai ke Masjid Ammar....

Keseluruhan perjalanan drp turun Ding2 tram, tak sampai 10 minit pun...


Disebabkan masih awal lagi nak ke The Peak, maka kami membuat keputusan untuk menghabiskan masa sambil melihat2 Pulau HK dan berehat sebentar dengan mengikuti laluan Ding2 tram. Kami naik drp Jalan Tonnorchy sehingga ke Kenedy Town, pastu, Ding2 tram akan pusing semula dan mengikut laluan tadi.

Selepas itu kami berhenti dekat dengan jalan untuk naik ke The Peak. Jalan kaki sedikit ke Peak Tram Lower Terminus. Tetapi malangnya, ramai sungguh org yg beratur untuk beli tiket untuk naik ke The Peak. Jadi, kansel rancangan hari tu nak ke The Peak.

Penat sahaja mendaki ke stesen, turun semula dan ambil Ding2 tram utk ke stesen Central sebelum balik menggunakan MTR ke TST.

Malam tu, kami keluar lagi ke Ladies Market, melihat kalau ada apa2 yg nak di beli sebelum balik pada keesokan hari.

Esok adalah hari terakhir kami di HK. The Peak akan kami terjah pada hari esok....







2 comments:

  1. Assalam dan salam kenal :)

    Banyak nye tempat akak harung sekali jalan. Baca memang seronok tapi penat kan? Nak pergi 1 tempat ke tempat lain bukan mudah. Kena perati betul2. Kadang silap, n kena pusing n jalan jauh balik. Ayoyo. Tang tuh kadang2 menguji kesabaran :)

    Idea ke china tuh mcm best tapi bila baca blog ni rasa mcm tak perlu kan ke china tu. Kita pon bukan paham bahasa dorang. InsyaAllah nk ke HK nnti. Itu yg servay2 tuh :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam...

    TQ sebab sudi baca...

    Akak memang suka jln sendiri, tapi tu la, dah tak berapa nak larat kalau jalan byk sgt..., letih rasa..., tapi sebab dah sampai, nak gak terjah semua tempat....

    Gi China ok gak..., kalau org suka shopping, memang seronok ke SZ dan GZ, tapi kena buat persediaan rapi lagi, kami terjah tanpa persediaan sgt hari tu, kena print besar2 nama cina sesuatu tempat yg nak gi, supaya senang ckp kat pemandu teksi....

    ReplyDelete