Tuesday 6 December 2011

Persediaan Sebelum Ke Jepun...

Lagi tinggal 8 hari sebelum kami ke Jepun. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya...

Check list perkara yg perlu difikirkan...

1) Hotel - dah booking hotel melalui http://www.booking.com/. Hotel murah je, tapi kat Jepun ni, murah2 pun RM 300 ++ gak. Setelah bersusah payah membuat pemilihan, akhirnya hotel Oak, http://www.oakhotel.co.jp/english/, yg menjadi pilihan sebab lokasinya yg 200 meter drp Metro subway. Best ke tak best, nanti akan diupdate kemudian. Lama dah bookingnya, 2 - 3 bulan lepas lagi. Minggu lepas dah start beremail ngan mereka utk confirmkan booking, dah disahkan ada reservation dan mereka sanggup tunggu sampai kami sampai, insyaallah dekat pukul 12 - 1 am...
Hotel ni terletak di kawasan Ueno, dan stesen metro terdekat ialah Inaricho (200 meter) dan stesen Ueno (1 km)

2) Airport transfer - disebabkan flight kami mungkin sampai hampir pukul 11 malam, terpaksa memikirkan bagaimana utk ke hotel. Perkhidmatan metro subway hanya sampai pukul 12 tgh malam, jadi kami tak nak kelam kabut, takut urusan imigresen lambat dan ambil masa. So, kami dah arrange perkhidmatan van 7 penumpang dgn syarikat ni, http://www.tokyoairporter.com/?gclid=COKM_9657awCFUIa6wod8DW3Mw. Mereka bagi harga 10k yen drp Haneda Airport ke Hotel.

3) Visa - dah siap..., boleh rujuk sini... http://mamaayahaman.blogspot.com/2011/11/visa-ke-jepun.html.

4) Pakaian - sebab kali ni gi jalan saje nak rasa winter, maka kena lah sediakan pakaian yg tebal, winter coat...

5) Makanan - sebab susah nak cari makanan halal, maka kami bercadang nak bawa beras dan lauk2 kering drp sini. Lauk2 tu mcm serunding ke atau sambal ikan bilis kering. Masalah utama kat Jepun ni, voltan tak sama ngan Malaysia, so alat elektrik tak boleh pakai kat sana. Aku terpaksa beli Musafir Travel Cooker yg boleh diubah voltannya, iaitu 110 V dan 240V. Setakat ni, aku dah try yg 240V, ok lah masak lah nasinya walaupun ambil sedikit masa. Yg 110 V kena try kat sana lah...., harap2 lah boleh pakai nanti. Kalau tak, kena ada plan ke-2 iaitu beli nasi dah siap kat kedai serbanika mcm 7E. Katanya ada jual, harga dalam 100 yen sepinggan. Yg lain2, biskut, roti, tuna, 3 in 1, dan lain2 lagi....

6) Maklumat ttg destinasi yg hendak ditujui - aku byk rujuk kat sini..    http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=615718&extra=page%3D2
http://www.japan-guide.com/
http://www.galaresort.jp/winter/english/
http://www.tokyometro.jp/en/
http://www.jreast.co.jp/e/

7) Tiket kapal terbang - yg ni yg first sekali patut kena consider, hehehe  tertinggal plak.... Kami dapat tiket harga RM 850 sorang..., patutnya dapat lg murah, en suami lambat kata setuju, bila malam nak beli, harga dah naik..., tp masih lagi jauh murahnya kalau banding dgn airlines yg lain... Lagi 2-3 hari sebelum pergi nanti, baru nak order makanan dan bagasi. Hari tu dah jenguk2 seat, mereka letak tempat asing2 utk kami bertiga..., so tunggu last minit nanti, baru nak beli seat kalau masih tak dapat duduk dekat2. Tak best la plak kan dok jauh2, dah la penerbangan 7 jam, keras je kang dok sebelah org yg kita tak kenal..., nak beli seat plak, bukan murah, RM 35 utk satu seat biasa. Kalau Hot seat, lg la mahal...

8) Tukar duit - belum buat lagi ni..., nanti lah tunggu hujung minggu ni baru gi. Kakak dan adik aku dah tukar, katanya susah nak dapat stock duit Yen. Kena tukar sikit2 kat money changer, pastu kena gi cari money changer yg lain. Leceh la plak. Nilai Yen pun makin naik. Masa beberapa bulan lepas 100 Yen = RM 3.80, Last week kakak aku tukar kena RM 4.07....

Nak update pasal tukar duit : Sabtu lepas aku dah gi tukar duit kat Mid Valley. Sampai kat situ, ada satu money changer yg sebelah escalator ni punya lah ramai org, beratur kemain panjang. Jenguk2 harga yg tertulis, RM 4.10 utk 100 yen. Sebabkan org ramai, maka kami ingat nak cari yg lain. So round kat sekitar tu, terjumpa Maybank, ada counter money exchange. Jenguk harga kat sini pulak, wah..., lg murah pulak dapat RM 4.09 dan yg paling bestnya, tak de beratur panjang pun, cuma ada sorang je customer. Dan mereka pun ada stok Yen, so tak payah nak gi byk2 money changer yg lain. Tapi susah nak dapat duit kecik2. Yg ada dalam btk 10k yen = RM 400 sekeping...

Dua hari lepas tu, hari Isnin, masa gi Pavillion, gi jenguk kat MC yg dekat Kuwait Finance House, dapat 4.08. Agaknya kalau weekday dapat harga yg lagi murah kot...

Ini lah duit Jepun 10,000, nilainya lebih kurang RM 400...

9) Dan juga ubat2... Mcm kami ke HK tahun lepas, kaki dan badan jadi sakit dan lenguh. So, kena ada Panadol utk sakit badan. Pastu kena la bawak minyak2 urut sikit utk urut kaki malam2.

2 comments:

  1. jepun mmg best...1 of my dream place to go...tp tu r currency dorg tggi r...akk x g Osaka ke..??sy igt nk g Osaka di s year nk lyn US Osaka...brape bajet agak2 ye kak..??

    ReplyDelete
  2. Tapi minggu lepas tengok dalam RM 32 utk 100 yen..., masa akak gi dulu RM 40...

    Bajet masa kami gi 3 org ke Tokyo (2011) dlm 8k tak masuk tiket flight..., tapi sebab gi Gala Yuzawa, tu yg mahal.., kalau tak gi situ, mungkin murah lagi...

    Tahun 2012 gi Osaka, habis 5k je, tak masuk tiket flight....

    ReplyDelete