Thursday 17 December 2015

Umrah - Day 1 - Madinah, Masjid Nabawi...

Assalammualaikum...

Wah lamanya tak update blog, dah setahun tak ada cerita pasal jalan-jalan Mamaayahaman...

Ada juga jalan-jalan, tapi sebab cerita ulangan jadi macam tak bersemangat nak melaporkan di blog ini alasan je tu sebenarnya malas kemain nak menulis.

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selamat pergi dan kembali daripada mengerjakan Umrah dari 1 Disember dan sampai di sini semula pada 12 Disember. Perjalanan kami dipermudahkan walau ada lah sedikit2 ujian. Biasa lah di mana-mana perjalanan semesti ada ujian untuk menguji kesabaran hambaNya.

Untuk perjalanan Umrah ini, kami sekeluarga disertai oleh Mak Mertuaku, Kakak Suami dan Anak Saudara. Kami mengambil pakej daripada Andalusia Travel dengan penerbangan Saudi Arabia Airlines.

Hari pertama : 1 Disember (Selasa)

Untuk ke airport, seperti biasa lah Mamaayahaman, mesti menggunakan kenderaan wajib kami iaitu ERL. Ada ke org mcm kami, nak gi Umrah guna ERL, biasa sedara mara yang hantar. Disebabkan tak suka menyusahkan orang untuk ambil dan tunggu kami, so kami usaha sendiri. Seperti biasa letak kereta di ERL Salak Tinggi. Bayarannya RM2 sehari. Kenapa tak letak kereta di Airport je, kan lagi mudah... memang la mudah, tapi bayarannya sangat lah mahal. So rela lah kami bersusah payah sedikit.

Dalam pukul 11.15pg, kami sudah sampai ke KLIA.



Lepas hantar beg besar di kaunter Saudi Arabia (kaunter L), ambik gambar sekejap beramai-ramai... kemudian kami diberi tag pengenalan diri drp Anadalusia dan satu beg berisi sedikit makanan biskut, gula2 dan air, dan surah Yassin.

Pukul 12.30 tgh, dijangkakan taklimat daripada pihak Andalusia untuk semua jemaah Umrah mereka. Masalah ketepatan masa sangat tidak digemari. Para jemaah telah menunggu tetapi apabila masa sudah melebihi pukul 1 baru Petugas datang hendak beri taklimat. Permintaan untuk kerusi roda yang telah diminta sedari awal sejak makluman tentang pengesahan Visa dan masa penerbangan daripada pihak Andalusia, juga tidak disediakan. Semasa penghantaran bag juga telah dimaklumkan lagi sekali juga tidak dipenuhi. Sehinggakan pihak kami terpaksa menunggu lagi kerusi roda sedangkan penumpang yang lain telah bergerak ke Balai Berlepas. Antara pihak staf Andalusia dan Staf Saudi Airlines, masing-masing bertolak2 untuk pergi mengambil kerusi roda. Bila tanya dengan Andalusia, mereka kata Airlines yang akan bawa. Bila tanya staf Saudi Airlines, mereka kata Andalusia yg patut urus.

Sepatutnya dengan masa yang agak panjang, semua penumpang sempat sembahyang zohor dengan selesa. Tetapi dengan masa yang tidak dipatuhi, menyebabkan semua jadi kelam kabut.

Saya, Kak Dah dan Ema serta Aman, sempat juga ke Surau untuk sembahyang. Berlari-lari lah jugak. En Suami dan mak mertua tak sempat nak sembahyang, sebab dah nak boarding sangat masa tu.







Makanan dalam kapal terbang...

Selepas 8 jam, kami pun selamat mendarat di King Abdulaziz Airport pada pukul 11 mlm waktu Malaysia dan 6 ptg waktu Saudi. Untuk menyampaikan ke terminal, tiada aerobridge yang menyambungkan drp kapal terbang terus. Kena turun tangga dan naik bas plak. Yang hairan kapal terbang AA boleh plak guna aerobridge. Lepas naik bas, kena naik tangga yang boleh tahan tinggi jugak. 

Lepas masuk ke bangunan terminal yang mulanya kelihatan kosong sahaja. Macam tak ada orang pun, hanya yang daripada penerbangan kami sahaja yg ada. Kami pun ikut org lain menuju ke Imigresen, di hujung jalan untuk turun, kami semua ditahan tidak di beri turun lagi dan disuruh duduk. Kami semua masa tu, tak tahu apa yang berlaku. Semua orang terpingga-pingga, kenapa disuruh tunggu. Tunggu bukan sedikit, melebihi 1 jam ke 2 jam, tanpa maklumat yang jelas. Kami dari kumpulan Andalusia, seperti tiada petugas yang memberi info. Bila dah lama duduk, barulah ada di kalangan jemaah kumpulan lain yg memberi tahu, Imigresen agak sesak dan mereka tak benarkan kita turun lagi.

Kami sempat sembahyang Maghrib dan Isyak di situ juga. Setelah lebih 2 jam menunggu, baru lah kami bergerak ke Imigresen. Ingatkan penantian hampir selesai, tersadai pula di imigresen dengan sistem yang dikatakan down tetapi tiada langkah menangani sistem tersebut. Petugas Imigresen sangatlah relax dan melayan setiap orang tetamu dekat 15 minit. Walaupun barisan kami tak panjang sangat, dalam 10-12 org dihadapan, tetapi kami menunggu dekat 2 jam baru selesai.

Orang kata, nak gi Umrah kena banyak bersabar. Ye, sebab bersabarlah kami dapat harungi malam tersebut dengan jayanya..., walaupun pada pandangan aku, sistem tersebut ada banyak ruang yang boleh dipertingkatkan dan memberi imej yang lebih baik kepada Islam secara keseluruhannya.

Akhirnya, kami selamat keluar daripada Imigresen pada pukul 11 mlm. Ujian kedua lepas imigresen pula... Masalah yang berlaku pada pandangan aku, kecil sahaja, tetapi telah menyusahkan jemaah semua. Masalah tag bas yang tidak betul. Mula-mula bas tu tulis SV 1 Dis, Bas 1. So semua jemaah kumpulan kami pun simpan lah bag-bag kami dalam tempat bag bas. Bila dah simpan, dikatanya bukan pulak. Yang bas tu untuk kumpulan AirAsia Bas 1. Mereka salah letak tag.

 Masyaallah, kenapa benda-benda macam tu pun jadi susah. Kalau bas belum sampai lagi, kami tak kisah pun nak tunggu kat luar. Bila dah angkat beg masuk bas, pastu nak cari balik beg2 tadi dan keluarkan balik, memang menyusahkan. Diharapkan perkara2 begini tak patut terjadi. Rasanya malam tu sahaja ada 5 kump berlainan, SV 1 Dec ada 2 kump dan AA ada 3 kump.

Setelah jenuh bertanya2, barulah dapat dipastikan bas untuk kump kami. Diwaktu itu, dapat duduk dalam bas adalah satu kenikmatan yang besar, sebab kaki kami dah penat berdiri lama...

Nak menunggu bas mula bergerak juga ambil masa, tapi kami dah tak kisah..., sebab mcm dah faham budaya di sana yang sememangnya segalanya agak perlahan. So orang kata layan kan je le, malas nak pikir panjang2, sambil cuba melelapkan mata. 

Akhirnya bas pun memulakan perjalanan ke Madinah Al Mukaramah...., pukul berapa masa tu, aku pun dah tak pasti, sebab dah ngantuk sangat. Kalau kat Malaysia waktu naik bas tu pun dah subuh.

Kami berhenti di RnR yang bernama Qudaid yang berjarak 130 km daripada Jeddah, dalam pukul 2.45 pg. Makanan bungkus diedarkan. Nasi Arab lauk ayam. Alhamdulillah buat lapik perut.

Kemudian perjalanan diteruskan, dan akhirnya kami sampai ke Madinah pada pukul 5.30 pg. 

Mutawif kami Ust Hussin (dia join kami masa di airport Jeddah) membawakan kami untuk berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Terasa syahdu, apabila kami dapat menjejaki ke kota yang penuh dengan barakah ini. Pagi tersebut, kami tak di bawa ke Masjid Nabawi lagi, kami di bawa untuk check-in hotel dahulu dan berkumpul semula di lobby hotel dan di bawa berkumpul dengan semua jemaah Andalusia di Pintu no 25 untuk ziarah di masjid Nabawi dalam pukul 7.30 pg.




Kami sepatutnya menginap di Hotel Mawaddah Waha, tetapi ada beberapa bilik belum sedia, ada beberapa daripada kami dibawa menginap di hotel Mubarak Al-Madinah. Hotel Mubarak ini lebih dekat dengan pintu 25. Hotel Mawaddah adalah lebih jauh dan lebih mudah menggunakan pintu no 15. Sebenarnya, kalau dibiarkan kami terus di Mubarak pun ok, sebab makanan di hotel Mubarak agak sedap dan diterima baik oleh tekak melayu ni.... tetapi sebab tidak mahu kumpulan kami terpisah, petang pukul 5 kami dah dihantar kembali ke Mawaddah.





Masa berkumpul di pintu 25, terserempak dengan Anis dan Liza..., ada rezeki jumpa rakan sekerja di sini...



Pagi ni, kami dibawa melawat dan bersembahyang di Masjid Nabawi. Kami akan dibawa ke Raudhah. Bukan senang untuk mendapat peluang ke Raudhah, bersesak-sesak dan bertolak2. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersembahyang di situ. Masa yang dibuka untuk ke Raudhah ialah pukul 7.30 hingga 11 pg, bagi  sesi pagi. Itu pun, waktu pagi 7.30 hingga 10 dikhaskan untuk warga Arab, India dan Pakistan. Waktu untuk orang Melayu Malaysia dan Indonesia serta yang sewaktunya hanya selepas pukul 10 pg.... So, lepas kami masuk ke Masjid Nabawi, kita tidak dibenarkan lagi mengunjungi Raudhah, duduk dan bersembahyang sunat sahaja dulu. Dekat pukul 10 pagi baru kami di bolehkan bergerak ke Raudhah. Masa tu kumpulan pertama masih lagi ramai dan keadaan agak kurang selesa. So, kita ambil sahaja peluang untuk bersembahyang sunat, dan berdoalah..., untuk lebih selamat, berdoalah semasa di sujud yang terakhir, kerana apabila kita kelihatan duduk mengangkat tangan berdoa, harus dihalau oleh Polis Wanita Arab yang akan menyuruh kita cepat keluar. Masih terngiang2 kata mereka " hajah, hajah, cepat keluar"

Selepas daripada Raudhah, kami di bawa mendekati kawasan perkuburan Baqi'. Kawasan ini tidak boleh dilawati oleh orang perempuan. Kami hanya mendengar info yang disampaikan oleh Ustazah, petugas drp Andalusia. Perkuburan Baqi' ialah kawasan perkuburan disebelah masjid Nabawi dan menempatkan jenazah dikalangan keluarga Nabi saw, sahabat2 baginda, Khalifah ke 3, iaitu Uthman b Affan dan para jemaah yang meninggal di Madinah semasa mengerjakan haji dan umrah juga akan disemadikan di situ.

Maqam Rasullullah saw, Abu Bakar as Siddiq dan Umar Al Khattab, terdapat di dalam Masjid Nabawi, berdekatan dengan kawasan Raudhah. Tetapi bagi jemaah perempuan, kita tak dapat mendekati apa tah lagi melihat secara dekat ketiga-tiga makam ini. Hanya Jemaah lelaki sahaja yang berpeluang untuk mengunjungi secara dekat. Tak pe lah, kita berselawat sahajalah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw yang dikasihi.

Ptg lepas zohor, kami tak kemana-mana, melepaskan lelah dan letih semalam yang belum hilang. Aktiviti kita di 2 kota suci ini, selain drp ziarah, ialah beribadat dan sebolehnya bersembahyang di Masjid Nabawi dan MasjidilHaram. Besar Fadhilatnya dan peluang yang bukan senang untuk kita dapat selalu.

Aktiviti ziarah bersambung esok. Ziarah sekitar Madinah...

5 comments:

  1. Replies

    1. Do you need Personal Loan?
      Business Cash Loan?
      Unsecured Loan
      Fast and Simple Loan?
      Quick Application Process?
      Approvals within 24-72 Hours?
      No Hidden Fees Loan?
      Funding in less than 1 Week?
      Get unsecured working capital?
      Contact Us At :oceancashcapital@gmail.com
      Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

      LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
      ================================
      *Commercial Loans.
      *Personal Loans.
      *Business Loans.
      *Investments Loans.
      *Development Loans.
      *Acquisition Loans .
      *Construction loans.
      *Credit Card Clearance Loan
      *Debt Consolidation Loan
      *Business Loans And many More:

      LOAN APPLICATION FORM:
      =================
      Full Name:................
      Loan Amount Needed:.
      Purpose of loan:.......
      Loan Duration:..
      Gender:.............
      Marital status:....
      Location:..........
      Home Address:..
      City:............
      Country:......
      Phone:..........
      Mobile / Cell:....
      Occupation:......
      Monthly Income:....

      Contact Us At oceancashcapital@gmail.com
      Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

      Delete
  2. umrah package 2017

    binqasim travels present best umrah package 2017 at affordable price with best facilities.Now book your desireable umrah package in very cheap price,this ramzan book the journey of your life time with bin qasim travels.bin qasim travels offers best umrah package in karachi, you can see our packages at our website.

    umrah packages, karachi, ramdan umrah

    ReplyDelete
    Replies

    1. Do you need Personal Loan?
      Business Cash Loan?
      Unsecured Loan
      Fast and Simple Loan?
      Quick Application Process?
      Approvals within 24-72 Hours?
      No Hidden Fees Loan?
      Funding in less than 1 Week?
      Get unsecured working capital?
      Contact Us At :oceancashcapital@gmail.com
      Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

      LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
      ================================
      *Commercial Loans.
      *Personal Loans.
      *Business Loans.
      *Investments Loans.
      *Development Loans.
      *Acquisition Loans .
      *Construction loans.
      *Credit Card Clearance Loan
      *Debt Consolidation Loan
      *Business Loans And many More:

      LOAN APPLICATION FORM:
      =================
      Full Name:................
      Loan Amount Needed:.
      Purpose of loan:.......
      Loan Duration:..
      Gender:.............
      Marital status:....
      Location:..........
      Home Address:..
      City:............
      Country:......
      Phone:..........
      Mobile / Cell:....
      Occupation:......
      Monthly Income:....

      Contact Us At oceancashcapital@gmail.com
      Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

      Delete

  3. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Credit Card Clearance Loan
    *Debt Consolidation Loan
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

    ReplyDelete