Sunday 8 September 2013

Perancangan Percutian Di Eropah...

Untuk entri kali ni, saya cuba menceritakan perancangan yang telah saya buat untuk menjayakan percutian ke europe. Perbincangan akan terbahagi kepada beberapa sub topik. Kita mulakan dengan pembelian tiket pengangkutan...

1) Pengangkutan dan kos.

KL - AMS - CDG - KL

Perkara pertama yang perlu ada ialah tiket penerbangan KL ke salah satu negara di eropah. Decision utk ke Europe juga kami tak putuskan betul2, tiba2 sahaja datang keinginan yang sangat kuat untuk sampai ke Europe untuk memenuhi kalendar tahun 2013. Survey untuk tiket juga tidak menunggu lama. Hanya membandingkan beberapa airlines seperti MAS, KLM, Emirates, Qatar dll dan mengambil kira juga faktor transit atau pun penerbangan terus. Disebabkan en suami susah mendapat cuti yg lama, pilihan utk transit di mana2 negara lain terpaksa diabaikan.

Airlines yang disenarai pendek hanya tinggal dua iaitu MAS dan KLM. Untuk tidak menjadikan perjalanan kami mcm berpatah balik nanti, saya memutuskan untuk menggunakan penerbangan pergi dan balik daripada negara berbeza. Akhirnya saya memilih KLM dengan penerbangan KL ke Amsterdam dan penerbangan balik daripada Paris ke KL. Harga yang ditawarkan juga rendah 2- 3 ratus seorang berbanding MAS pada masa tersebut. Jumlah harga tiket pergi balik, untuk seorang ialah RM 3100. Saya telah membeli tiket seawal bulan Disember 2012 lagi.Pembelian adalah secara online di http://www.klm.com/travel/my_en/index.htm?popup=no&WT.mc_id=2213235|3468193|57069651|233134288|359228&WT.srch=1 Bagasi yang dibenarkan sebanyak 23 kg dengan pilihan makanan.

AMSTERDAM - LONDON bersama Stenaline

Memilih untuk mencuba pengalaman yang berlainan iaitu berkapal ke London, disamping dapat menjimatkan bayaran hotel untuk satu malam. Mendapat info ini daripada  http://www.seat61.com/Netherlands.htm#.Uiscd8anolQ  dan membuat pembelian tiket daripada http://www.stenaline.nl/ferry/ yang menggunakan bahasa Dutch. Gigih translate semasa proses untuk pembelian tiket. Ini kerana kami mengambil pelayaran yang bermula daripada Belanda. Pelayaran bermula di Hoek Van Holland berhampiran dengan Roterdam dan berakhir di Harwich, UK. Jumlah harga tiket termasuk kabin ialah Euro 252 untuk 4 orang. Pembelian secara online dan telah dibuat seawal hujung Disember 2012 lagi.

LONDON - SWITZERLAND bersama Easyjet

Untuk perjalanan daripada London ke Switzerland, saya memilih untuk menaiki kapal terbang untuk menjimatkan masa. Pembelian tiket ini juga telah dilakukan seawal hujung Disember dan kami mendapat harga yang agak murah banding kalau beli di masa akhir. http://www.easyjet.com/en . Untuk 4 orang, kami dapat GBP 137, tanpa bagasi. Bila dah dekat dengan tarikh penerbangan, baru saya beli bagasi. Harga bagasi ialah GBP44 untuk 4 orang dengan berat terkumpul 80 kg. Check-in siap2 seperti kita naik AA dan print lah boarding pass, kalau tidak bayaran tambahan akan dikenakan.

Kami terbang daripada airport Luton, London. Untuk ke airport Luton, juga ada disediakan perkhidmaan bas, iaitu Easybus. Naik bas ke Luton lebih mudah dan cepat. Perkhidmatannya pun ada kerap. Kalau beli awal dapat serendah GBP4 seorang. Kali ni saya agak terkilan sebab melengah2 kan pembelian, dan harga menjadi mahal masa saya hendak beli, iaitu GBP 42 untuk tambang 4 orang termasuk caj lain. http://www.easybus.co.uk/

SWITZERLAND - PARIS bersama TGV train.

Saya membeli tiket drp Swiss ke Paris di web keretapi Swiss iaitu di http://www.sbb.ch/en/home.html. Pembelian secara online juga dan pengambilan tiket ialah di mana-mana stesen keretapi di Swiss. Kita hanya bawa butir pembelian yang diprint. Yang tiket ini saya beli agak lewat iaitu kurang 10 hari daripada tarikh kami berangkat tetapi nampaknya kami sangat bertuah sebab dapat harga yang murah. Kami dapat Euro 196 untuk 4 orang bagi kelas kedua denagan TGV train direct drp Geneva ke Gare De Lyon. Harga ini yang termurah yang saya dapat sepanjang yang saya survey. Alhamdulillah...

Pengangkutan dalam AMSTERDAM

Banyak menggunakan tram dengan membeli pass 24 hours dan 1 hour. Beli pass dengan pemandu tram sahaja. Harga pass 24 hours ialah Euro 7.50 seorang dan Euro 2.80 untuk satu jam. Pass ini ikut jam berapa kita start touch di scanner dan berakhir 24 akan datang tanpa kira hari yang berlainan. Sangat berbaloi, naik dan turun lah beberapa kali dalam masa yang ditetapkan....

Drp Schipol Airport ke Bandar Amsterdam, kita boleh naik banyak jenis train dan tambangnya ialah Euro 14.80 utk 4 orang. Daripada Amsterdam ke Zaanse Schans, tambang train ialah Euro 4.90 seorang return. Dekat AMS ni, kalau beli tiket di kaunter kita akan dicaj extra Euro 0.50 untuk satu tiket. Masa ni kami first time beli tiket, so agak cuak menggunakan credit card di mesin tiket. Tp lepas2 tu di negara2 lain kami gunakan CC, lebih mudah...

Pengangkutan dalam LONDON

Di London kami membeli Oyster card. Penggunaan Oyster card lebih menjimatkan kerana dapat diskaun harga berbanding beli tiket satu2 dan mudah hanya touch dan masuk. Kalau habis credit, hanya top-up dimesin dan bayar guna credit card. Kami beli Oyster card GBP 25, dengan credit limit GBP 20 dan deposit untuk kad GBP5 seorang. Tiada kad untuk kanak2. Kami topup sekali sahaja iaitu GBP 5 seorang. Bila nak balik, kami pulangkan kad di stesen dan dapat balik duit deposit serta baki duit dalam kad.

Pengangkutan dalam SWITZERLAND

Di Swiss, kami menggunakan Swiss Pass, CHF 693 untuk 3 orang. Kanak2 bawah 16 tahun adalah percuma. Pass ni dibeli di Airport Zurich di bahagian customer service di tingkat bawah. Pass yang kami beli untuk perjalanan 4 hari. Untuk perkhidmatan keretapi dan cabel car di Titlis dan Jungfrau, masih dikenakan bayaran tetapi mendapat diskaun.

Untuk pengangkutan naik ke mount of Titlis, dengan Swiss Pass ialah CHF 55, selepas diskaun 50 %.

Pengangkutan dalam PARIS

Kami banyak menggunakan perkhidmatan Metro dan RER. Untuk tiket kami beli Carnet di mesin di stesen2 metro dan RER. Boleh dibeli 10 keping terus dan dapat harga lebih murah iaitu Euro 13.50 / 10 keping. Bayaran menggunakan credit card atau cash. Carnet ni macam tiket yang sekali pakai dan boleh dipakai di mana-mana destinasi antara RER dan metro tetapi hanya dalam bandar Paris. Selagi kita tidak keluar daripada stesen, kita masih boleh menggunakan carnet yang sama.

Kami menggunakan 2 set carnet untuk 4 orang sepanjang di Paris dan untuk ke Disneyland dan Marne La Valle, kita perlu beli tiket lain (tak boleh pakai carnet, sebab perjalanan jauh) dan harga tiketnya ialah Euro 7.30 sehala untuk seorang.

TOUR ke STONEHENGE

Kami mengambil pakej yang termasuk perkhidmatan bas drp London dan bayaran masuk ke Stonehenge. Kami ambil daripada syarikat Evan tours http://www.evanevanstours.co.uk/stonehenge-express.htm Bayarannya ialah GBP 24 untuk dewasa dan GBP 21.75 untuk kanak-kanak. Pembelian juga melalui online tetapi saya beli tidak terlalu awal kerana harga adalah tetap. Saya buat pembelian kurang seminggu sebelum pergi.

LONDON ke BICESTER VILLAGE

Untuk ke BV ni, kami naik keretapi drp Stesen Maryleborne di London. Sebenarnya kalau ada option lain lebih baik seperti bas biasa yg boleh diambil drp Oxford terus ke BV. Sebab dengan menaiki train kita tertakluk dgn waktu yang telah ditempah dan sekiranya kita sudah selesai dgn aktiviti di BV, kita tak boleh balik terpaksa tunggu waktu yang telah kita ambil. Saya beli tiket di sini http://www.chilternrailways.co.uk/ dan ambil tiketnya di mesin tiket di stesen Maryleborne sebelum bertolak ke BV. Harga tiket ialah GBP 12seorg pergi balik dan kanak2 ialah separuh harga.

Bila sampai di Stesen keretapi Bicester North, kita perlu naik shuttle bus utk ke BV dan tiket boleh dibeli di stesen Maryleborne tadi dgn harga GBP 15.75 bagi 3 dewasa dan 1 kanak2.


2) Hotel

Harga hotel di Europe adalah mahal berbanding Malaysia. Kalau nak murah sikit, perlulah dibeli/book awal2 lagi. Kesemua hotel telah saya beli atau tempah seawal Disember 2012 dan Januari 2013 lagi.

Hotel di AMSTERDAM

Mahal2 hotel di Amsterdam. Selepas survey, saya memilih Hotel Meininger http://www.meininger-hotels.com/en/hotels/amsterdam/ kerana harganya murah dan sebelah dengan stesen keretapi Sloterdijk. Kami ambil bilik untuk 4 org dengan harga Euro 128 semalam. Kalau nak ambil 2 bilik, jumlah harganya jadi lagi mahal..... Yang ini saya book melalui Booking.com, bayar semasa sampai.

Hotel di LONDON

Hotel di London yang paling murah..., kami duduk di rangkaian Travelodge iaitu di Bethnal Green. Masa tu, hotel2 dlm rangkaian Travelodge yg lain juga berharga lebih kurang sama. Kami dah beli, 6 bulan sebelum pergi lagi. Masa dekat2 nak pergi, bila saje2 saya check harga, harganya menjadi lebih dua kali ganda. So, beli lah awal untuk mendapatkan harga yang murah. Saya beli di websitenya,  http://www.travelodge.co.uk/hotels/571/London-Bethnal-Green-hotel dan bayar terus semasa booking.

Travelodge Bethnal Green ni dekat dengan stesen tube Bethnal Green, jalan kaki tak sampai 200 m. Hotel yang baru dan luas. Harganya ialah GBP 96 untuk 3 malam. Harga bilik double dan family room adalah sama. Kami ambil dua bilik.

Hotel di SWITZERLAND

Kali ni saya gunakan hostelworld.com  http://www.hostelworld.com/search?search_keywords=Lauterbrunnen%2C+Switzerland&country=Switzerland&city=Lauterbrunnen&date_from=2013-09-09&date_to=2013-09-12. Kami duduk di Valley Hostel, Lauterbrunnen. Walaupun ini adalah hostel, tetapi hostel ni memang best..., paling dekat dengan stesen keretapi Lauterbrunnen dan viewnya yg sangat awesome, bersih dan ada dapur utk kita memasak. Harganya ialah CHF 270 utk 2 malam, bilik utk 4 org. Bayar 10 % kepada hostelworld semasa kita book dan bayar selebihnya secara cash di hostel nanti.

Apartment di PARIS

Di Paris, kami menginap di Apartment. Mulanya saya dah book hotel berdekatan dengan Gare Du Nord, tetapi saya cancel kerana hotel tu tak de lif. Hotel dan apartment di Paris banyak yang hanya ada tangga tanpa lif.  Susah lah jugak sebab kita ada beg yang besar dan berat nak heret naik tangga. Ahkirnya, setelah study dan bandingkan lokasi, saya memilih Les Gobelins Apartment yang dekat dgn Grandee Mosque. Booking melalui Waytostay   http://www.waytostay.com/paris-apartments/?orgid=41&gclid=CPjUoI_PurkCFSFV4godYHkA6g . First time saya guna perkhidmatan Waytostay ni. Tapi alhamdulillah semuanya ok dan selamat. Jumlah harga ialah Euro 375 untuk 3 malam, dan kita perlu bayar Euro 93.75 pendahuluan secara online kepada Waytostay dan selebihnya dibayar secara cash kepada owner apartment tersebut. Kami ambil apartment 1 bilik utk 4 org, ada dapur dan ruang tamu yg agak selesa.


3) Lain-lain

Tiket Paris Disneyland

Tiket saya beli secara online di http://www.disneylandparis.com/. Harga tiket ialah Euro 59 seorang untuk 2 parks sehari.  Harga ini ialah sempena promo Disneyland Paris yg ke 20 tahun. Selepas selesai beli tiket, tiket perlu di print dengan jelas, sebab dgn kertas yg kita print itu, kita akan terus menggunakannya utk scan di pintu masuk disneyland. Tak perlu tukar dgn tiket lain lagi. Untuk keluar masuk antara 2 parks tersebut juga kita gunakan tiket yg kita print drp rumah, dgn scan di pintu masuk sahaja.


Di bawah ini, saya rumuskan perbelanjaan wajib perjalanan kami.


Bajet untuk makanan saya tak masukkan sebab kebanyakan makanan adalah yg kami bawa sendiri. Ada juga yang dibeli tetapi kosnya tidak begitu banyak.

Secara puratanya, kos seorang ialah RM 6500.00 termasuk tiket penerbangan. Rasanya angka itu sangat berbaloi sebab kebanyakan pakej pelancongan mengenakan harga yang lebih daripada 10 k seorang dan tidak banyak tempat/negara yang boleh dibawa dan harga ini juga sudah termasuk tiket ke Disneyland. Tambahan kami bebas menentukan perancangan hari kami dan mode pengangkutan yg kami inginkan.











46 comments:

  1. Salam..

    Wahh..boleh refer ni..ntah bila la rezeki boleh pergi ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Tengah travelblog-hopping, lepas tu ter-stop kat blog ni sebab post ni sangat details. Haha. Setiap kali saya travel, saya sentiasa catat daily expenses, dengan tujuan senang nak share nanti, tapi bila balik mesti malas nak merumuskan semua secara detail. Tabik spring lah!

    Dulu di UK, saya suka Travelodge. Sebab walaupun konsep hotel ni budget, tapi puas hati sebab agak spacious, ada TV dan coffee-making facility.

    Teringat kenangan masa nak ke Stonehenge, bersama 4 orang kawan dari China, kami terpaksa hitch hike sebab turun train kat Salisbury, lepas tu tersangat pandai ingatkan Stonehenge tu dekat, so kami decide untuk jalan kaki, rupa-rupanya amat jauh. Bila call taxi, taxi tak mau ambil passengers sebab tengah lunch, so... hitch hike!! Haha.

    Tentang Bicester Village pula, ya saya setuju kalau ambil bus dari Oxford saja, sebab dari Oxford ke Bicester hanya 20 minit. Cuma dari tempat nak get off tu, kena jalan kaki sikiiiit lah untuk ke BV. Kalau tak silap saya, dulu memang ada Bicester North je, tapi sekarang ni ada train station kat belakang BV. Keluar je dari train station tu, terus ke car park BV.

    ReplyDelete
  3. Akum...
    Sy As dr Kl..sy bersama hubby & 3org ank akn bercuti pd 14/11/13 - 28/11/13.. destinasi nya hampir sama.. kL-amsterdam-rome-london-paris-kL.. byk info2 menarik setelah sy membaca blog ni....klau tak keberatan blh x emailkan hp no ke email sy.. as.april04@gmail.com.. sy ingin bertanya lbh lanjut.. t.kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada reply melalui email....

      Delete
    2. Salam puan..saya n isteri berhajat nak round euro pada dec 2015. Kami perlukan nasihat n tunjuk ajar dari puan..Boleh kami dapatkan no hp n email utk kami bertanya lebih lanjut..ini email kami kajunior31@gmail.com. tq

      Delete
  4. Salam kak..bagus info nih..boleh wa buat rujukan nanti....:)

    ReplyDelete
  5. Assalam kak, sy nak copy itinerary akak buat panduan saya masa plan europe trip 2015 nanti..

    ReplyDelete
  6. Salam. Blog walking di sini. Bagus entry ni. Details dan senang untuk dijadikan panduan...

    ReplyDelete
  7. Resepi Bunda,

    klu tgk jumlah mencecah 25k rase juling jap mata..hehe...tp bile bahagi 4, mmg murah sbnrnya...6.5k utk flt ticket n pg negara2 yg matawangnya sememangnya tggi mmg berbaloi2..plg mhl kt situ mmg swiss tp berbaloi2..btl akak ckp, klu guna travel agent mesti lg mhl..kwn sy beria2 nk pg europe nk guna travel agent..ktnya 10k sorg...sy advice, lg berbaloi klu pg tour sendiri, mesti lg murah n puas hati..klu sorg dh 10k, 2 org dh 20k..tgk, dh access 7k sorg..xke rugi namanya..nway selamat berkenalan...sy nk tanye lg satu, klu nk beli swiss pass tu blh beli kt mane2 station kt sane ke? sbb sy tgk tiket online mcm dh hbs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli pass di airport..., tapi saya rasa boleh je beli di stesen2 keretapi..., stesen keretapinya pun canggih...,semua computerize dan info sangat mudah kalau kita bertanya apa2. Tiket TGV train saya beli online, tapi kena ambil tiket di stesen. Saya dapat kan tiket kat stesen Lauterbrunnen shj....

      Delete
  8. done follow sini no. 38
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Best sbb baca blog awak saya dan 2 org kawan dah beli tiket same route mcm awak flight etihad pergi bln 4/2014 harap dapat email fon no.@ fb awak kat saya sfienaz@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Menariknya blog ni.. terima kasih atas maklumat yang amat membantu. saya bercadang untuk bercuti bersama keluaarga pada tahun depan, macamana yea nak hubungi awak untuk mendapat maklumat lanjut lagi..:) ini email saya: myza2510@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Salam, sangat membantu untuk kaki jalan2 dan ilmu nie sgt2 berguna, Allah SWT bg ganjaran. Sy sedang follow maklumat Pn untuk trip dari 7 Nov hingga 26 Dis- 2013. KL-AMS, AMS-NCL,UK-EDINBURG, Scotland-NCL-LIVERPOOL-MANCHESTER-LONDON-PARIS-DUBAI-KL. Anak tgu di NCL, UK dan follow ke Paris. Di AMS kami bermula dgn bertiga. Emerites KL-AMS PARIS-KL RM 2710/person, dari AMS ke NCL, UK RM 233/person. Lain2 tu lebih krg sama

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sis~

    Kos RM6500/pax tu memang betol brbaloi. RESIPI BONDA, kalau kami berlima ke europe secara backpackers je; 3 perempuan 2 lelaki, selamat x? Berbanding dpd plan awal kami 3 org je perempuan nak pi? Mohon pendapat RESIPI BONDA~

    Thanks ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je kot..., kalo nak lebih selamat, bila keluar jalan2, keluarla bersama2..., tapi masa kat Paris, saya gi ngan adik perempuan je jln2 shopping kat bandar..., ok sahaja cuma kena byk beringat, terutama kat tempat2 mcm Paris yg byk pick pocket..., utk hotel, pilih yg mendapat review yg baik..., kalo review ttg keselamatan kurang sket, cuba elakkan...

      Delete
    2. Salam sis.... sangat berminat dgn blog nie... banyak membantu bg yg xpernah pegi ke luar. Saya ade juga cita2 utk bercuti, tp xtau lg bile... sbb anak2 masih lg belajar... yg cuti mrk susah nak adjustkan ngan cuti org bekerja. Tp insyaAllah, terlalu sgt ke sana. Blh sis bg email kat saya.... adziekarmila@gmail.com utk pertanyaan lebih lanjut. tq.

      Delete
    3. tq sudi baca....

      emel saya luqmanmom@gmail.com

      Delete
  13. Salam akak...nnt email kat sy no fon akak tau...sy nak ke europe 1/8/2014 ni nnt..nk mntk pndangan akak skit.. boleh ye kak.. sharina721@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni emel saya luqmanmom@gmail.com

      pengalaman belum luas lagi..., kalau saya tahu insya allah bole share...

      Delete
  14. Assalamualaikum,

    terima kasih sudi berkongsi pengalaman & pengetahuan...blog yg menarik dengan penerangan yg detail untuk panduan yg bercadang nak pergi percuti...saya pun terus terasa nak bercuti ke europah...tp tak tau ler bila ..saya baca kat atas ni ramai juga kawan2 yg dah bercadang nak pergi, boleh tk kongsikan juga pengalaman kawan2 semua... terima kasih...

    ReplyDelete
  15. Seronok baca.. info amat padat. Boleh jadi panduan untuk ke Eropah suatu hari nanti. Aritu saya sempat gi ronda Jerman je. Harap2 nanti adalah rezeki berjalan macam awak.

    Kalau ada plan nak gi Jerman bolehlah baca kat blog saya di http://cutifamili.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. salam.. tumpang tanya.. kalau kita masuk dari UK dan balik dari amsterdam contoh nya.. perlu visa tak?
    saya plan nak pergi UK--Paris-Amsterdam... so tak perlu patah balik ke UK

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing! :) Plan nak ke sana May 2015. Masih survey flight tiket promo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita khadeejah.. rase macam kene ikut saja plan penulis ni.. Tak berani cari sendiri sebab ini kali pertama buat saya dan family nak ke sana.. dalam bulan may jugak.. harap semua berjalan lancar..aminnn

      Delete
    2. Sekiranya mencari penginapan di london pada 30 may hingga 30 june boleh whatasap +447725415616.

      Delete
    3. ada sesapa join kelana konvoi blh join dpt discount utk trip 30th May-14th June 2015

      Delete
  18. Tumpang tanya, Kenapa banyak link dalam blog puan tidak lagi dapat di akses.. Hanya dapat lihat hari ke-9 dan page ini sahaja.. Harap dapat pulihkan semua link lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye... sy pun perasan jugak yg link kat bwh tu x boleh gi ke site...

      Tak pun tengok kat bhgn kanan... sy ada buat senarai hari utk europe...

      Delete
  19. Assalamualaikum,

    Saya nak tanya, kita boleh ye bawak makanan (instant) daging & ayam ke AMS? Saya ada terbaca tidak boleh. Akak dulu bwk macam mana?

    Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...

      boleh bawak..., europe x cerewet pasal makanan..., tak check beg pun...
      Saya bawa serunding, segala packed food mcm Brahims dll, rice cooker, beras dll

      Yg cerewet sgt ialah Australia dan NZ...

      Delete
  20. Assalammualaikum...

    Terima kasih pada penulis blog sebab banyak input saya dapat untuk saya jayakan backpacking trip ke Euro Jun ini..

    -ezlan-

    ReplyDelete
  21. Hai jika anda berminat untuk percutian ke eropah 2015, Harga bajet dan murah. boleh lawati

    >>> PAKEJ 2015 JOIN TOUR

    kami menyediakan pakej berkumpulan atau ground tour tanpa hidden charges. Tq.

    ReplyDelete
  22. Salam, mohon laluan,
    Homestay
    Makan Angin London
    SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    Instagram: makananginlondon
    Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  23. Salam, mohon laluan,
    Homestay
    Makan Angin London
    SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    Instagram: makananginlondon
    Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  24. Salam Puan
    Boleh share itinerary in details?
    nraihanilias@yahoo.com

    T,kasih

    ReplyDelete
  25. Salam/selamat sejahtera, mohon like page kami

    Homestay
    Makan Angin London
    SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +44 7478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon?ref=aymt_homepage_panel

    Instagram: makananginlondon

    Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/

    Mohon like our page. Thank you n shukuran

    ReplyDelete
  26. Boleh share itinerary?tq in advance mis_ojie@yahoo.com

    ReplyDelete
  27. Salam sis boleh emelkn itenaray x.insyaallah tahun depan kami nk ke sane.tq. ni emel sy naimleha88@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      itinerary ntah kat mana dah..., boleh baca drp blog start drp day 1... Masa tu mmg rajin tulis detail...

      Delete
  28. Salam sis boleh emelkn itenaray x.insyaallah tahun depan kami nk ke sane.tq. ni emel sy naimleha88@gmail.com

    ReplyDelete
  29. salam sis..sy nk ke europe mei nnt..same route dgn sis...nk tnya klu dr paris-swiss naik train dkt imigresen lama xproses check in?klu ada iti blh send kt hazlin1984@gmail.com

    ReplyDelete
  30. Perkongsian yang sangat menarik...

    ReplyDelete
  31. thank you for sharing. may Allah bless you

    ReplyDelete